Wednesday 22 June 2011

RFID

Apa Itu RFID??

RFID juga dikenali sebagai Radio Frequency Identification. RFID ini bermula pada tahun 80 an iaitu pada tahun 1980. RFID merupakan satu teknologi yang berfungsi untuk menggantikan bar code kepada chip. RFID juga digunakan untuk membaca informasi dari sebuah device kecil yang disebut tag atau transponder (Transmitter + Responder).
Teknologi RFID menjadi jawapan atas perbagai kelemahan yang dimiliki teknologi barcode iaitu selain kerana hanya boleh diidentifikasi dengan cara mendekatkan barcode tersebut ke sebuah reader, juga kerana mempunyai kapasiti penyimpanan data yang sangat terbatas dan tidak boleh diprogramkan sehingga sulit untuk menyimpan dan memperbaharui data dalam jumlah besar untuk sebuah item. Salah satu penyelesaian menarik yang  muncul adalah menyimpan data tersebut pada suatu silikon chip, teknologi inilah yang dikenali dengan RFID.



Proses RFID yang Lengkap

Pada dasarnya chip RFID berperanan sama dengan barcode, smartcard, dan lain-lain. Adapun cara kerja atau proses dari RFID yaitu sebagai berikut :



 1. Sebuah alat pembaca RFID akan  memancarkan frekuensi tertentu secara terus-menerus hingga kepada chip RFID
 2.  Chip RFID akan menerima signal tersebut pada jarak jangkauan tertentu tergantung dengan antena yang terpasang
3. Sebuah chip RFID melintasi area dari pembaca RFID , dimana chip tersebut akan secara outomatik aktif jika frekuensi yang dipancarkan sesuai dengan frekuensi yang diset di dalam chip RFID.
4. Alat pembaca yang mengirimkan frekuensi tersebut akan menerima data yang dikirimkan oleh chip RFID.
5. Data tersebut akan dikirimkan kepada komputer yang disambungkan.
6. RFID ini baru boleh berfungsi apabila chip didekatkan dengan sensor/antena.


Bahan yang terlibat dalam RFID


Bahan yang terlibat dalam RFID ialah :

Tag (kadang disebut juga transponder)
Tag adalah suatu benda yang biasanya berbentuk chip, label, atau kapsul yang terdiri dari rangkaian elektronik,dan  juga bateri. Tag ini biasanya akan ditampal  pada kotak , kad PVC (kad ID, tiket, dan lain-lain).

Reader

Reader RFID atau sering disebut dengan interogerator. Fungsi membaca dan mengenalpasti kehadiran tag RFID adalah pada jarak bacaanya. Data yang dibaca kemudian diteruskan ke midleware untuk diolah sesuai dengan keperluan. Dalam memilih reader harus dipertimbangkan  dua perkara. Pertimbangan pertama masalah kompatabiliti reader dengan tag sebab tidak semua tag dengan reader adalah sepadan, kerana ia mempunyai pasangannya masing-masing. Pertimbangan kedua adalah jarak baca reader. Reader murah mungkin hanya mempunyai jarak baca dekat. Reader mahal akan mempunyai jarak baca sangat jauh apalagi jika tag yang digunakan adalah aktif.

Antena

Antena dalam tag RFID adalah unsur konduktif yang membenarkan tag untuk pertukaran data dengan pembaca. RFID pasif tags menggunakan antena bergelung yang boleh mewujudkan medan magnet dengan menggunakan tenaga yang disediakan oleh isyarat pembawa pembaca.

Jenis-jenis RFID

Ada dua jenis teknologi tag.

Passive tag adalah tag yang tidak berisi sumber daya sendiri atau pemancar. .Ketersediaan daya hanya jangkauan medan reader. Tidak mempunyai bateri di dalam label. Kekuatan signal yang diperlukan dari reader ke label adalah tinggi. Ketersediaan kekuatan signal dari tag ke reader adalah rendah. Jangkauan 3 meter atau kurang.

 Aktive tag adalah tag yang memiliki sumber daya sendiri atau pemancar. .Ketersediaan daya berterusan. Kekuatan signal yang diperlukan dari reader ke label adalah rendah.Mempunyai bateri didalam label. Ketersediaan kekuatan signal dari tag ke reder adalah tinggi. Jangkauan 100 meter atau lebih.


Aplikasi dalam RFID bidang Perladangan

Tag Frekuensi Untuk Kesan Kemasukan Ternakan Luar
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) akan menguatkuasakan penggunaan teknologi tag frekuensi radio (RFID) dalam memantau kemasukan ternakan dari luar negara, kata Ketua Pengarah JPV, Datuk Dr Aziz Jamaluddin. Beliau berkata RFID yang dianggap sistem termoden telah diguna pakai di beberapa negara dengan memberi kesan positif dalam mengawal kemasukan ternakan.
RFID merupakan teknologi yang menggunakan frekuensi radio untuk mengenal pasti secara automatik manusia, haiwan atau objek lain.
“Melalui sistem ini, ternakan perlu dibawa masuk melalui pintu masuk sah di seluruh negara,” katanya kepada pemberita semasa melawat projek pembiakan baka kambing Boer di Batu Melintang di sini, Isnin.
Mengenai projek itu, Dr Aziz berkata ia merupalan projek kerjasama JPV dengan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia dan Lembaga Pertubuhan Peladang di kawasan seluas 20 hektar menerusi peruntukan RM2.4 juta.
“Menerusi projek ini, baka Boer akan diedarkan kepada pengusaha dan penternak di luar bandar bagi dikendalikan. Ia bertindak sebagai ladang pembiakan di mana penyelidikan, pengembangan dan pembangunan ternakan akan turut dilakukan,” katanya.




Kelebihan dan Kekurangan RFID

Kelebihan

  • Untuk produk, jika selama ini pengunaan barcode hanya untuk mengetahui tentang jenis produknya saja, dengan menggunakan RFID dapat menyimpan  data produk secara automatik , tentang siapa pengeluar produk tersebut, bilakah produk tersebut dibuat, sudah berapa lama, berasal dari mana dan lain sebagainya
  • Untuk kemudahan membeli-belah RFID dapat mengetahui produk-produk yang dimasukkan dalam ruang perbelanjaan pelanggan dengan cepat, sehingga jumlah harga dapat diketahui dan mudah untuk membayar, sedemikian cepatnya jika pelanggan membuat pembayaran dengan menggunakan kad pembayaran RFID.
  • Untuk kesenangan orang tenggah juga, penggunaan RFID dapat mengesan barang-barang yang dicuri .
  • Untuk penyediaan barang, dengan RFID orang dapat mengawasi pengiriman barang secara terus sehingga sangat berguna dalam memantau stok yang akan diterimanya dari pembekal maupun barang yang dikirimkannya ke pelanggan.
Kelemahan :

  • Untuk saat ini, harga RFID mungkin berkurangan kerana terlampau mahal dibandingkan dengan barcode mungkin kerana teknologinya yang canggih, atau pengaruh  dari RFID itu sendiri kurang maksimum kepada masyarakat atau juga kerana pembuatan komponen RFID hanya dikuasai oleh beberapa pengeluar saja.
  • Gangguan akan terjadi jika terdapat frekuensi lain yang dipancarkan oleh peralatan lainnya yang bukan diperuntukkan untuk RFID, sehingga chip akan merespon frekuensi tersebut.
  • Privasi seseorang secara automatik berkurangan, kerana siapa saja dapat membaca informasi dari diri seseorang dari jarak jauh selama orang tersebut memiliki alat pembaca, sebagai contoh seseorang dapat membaca jumlah wang yang dimiliki orang lain didalam dompetnya.



        No comments:

        Post a Comment